JEMPUTAN IFTAR 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pejabat PPL Frankfurt dan Pejabat MARA Frankfurt akan bekerjasama untuk menganjurkan program IFTAR 2012 yang akan diadakan seperti maklumat berikut:
Tarikh : 11 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa : 5.30 petang
Tempat : Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt
Aktiviti : Ceramah Motivasi oleh TYT Dato' Ibrahim Abdullah (Duta Malaysia), perbincangan mengenai pengajian, tadarus Al-Quran, bacaan Yaasin dan tahlil, tazkirah Ramadhan, majlis berbuka puasa, solat terawih, moreh, dsb
Semua pelajar Malaysia adalah dijemput hadir. Pelajar bukan muslim juga dijemput untuk bersama-sama semasa program bersama Duta dan majlis berbuka puasa. Sila sahkan kehadiran saudara/saudari melalui e-mel kepada Puan Fadillah Hashim, This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it sebelum atau pada 6 Ogos 2012.
Peluang semasa program ini juga boleh digunakan untuk mengadakan perbincangan dengan PPL Frankfurt dan Pengarah MARA mengenai pengajian di Jerman.
sekian, terima kasih
Khairul Nizam Jamalus
PPL Frankfurt
Ogos 2012




